Salam semua.
Wow lamanya blog ini sepi tanpa post baru. Maaflah terutama kepada anak-anak murid yang dikasihi, yang sering tertunggu-tunggu cerita mereka ditulis dalam blog ini. Terlalu banyak peristiwa yang tidak sempat saya rakamkan di sini kerana sibuk dengan tugas-tugas seharian.
Kali ini saya post beberapa gambar anak-anak murid yang dikasihi dari Tingkatan 5 yang diambil di kawasan sekolah ketika membuat tugasan kerja amal Pendidikan Moral. Yang tak ada muka di sini pun dikasihi juga tu tapi tidak dapat post sebab tidak ada gambar dalam simpanan saya. Jangan kecil hati...
Akhir sekali, I wish form 5 students all the best for their coming SPM Examination. Ingat pesanan cikgu, terutama itu sumandak-sumandak. Belajarlah, berusahalah. Buat yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda.
Good luck!