Thursday, February 19, 2009

Teacher-J merakam awan

Salam semua.


Pada 16 Feb - 18 Feb yang lalu saya telah menghadiri kursus di Tawau anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia. Semasa dalam pesawat Boeing 737 penerbangan MH2134 iaitu penerbangan balik dari Tawau ke Kota Kinabalu, saya sempat merakamkan pemadangan dari udara khusus untuk anak-anak murid yang pernah belajar bagaimana awan terbentuk tetapi tidak pernah melihat awan dari dekat. Kebetulan saya duduk di tempat duduk bernombor 20A di tepi tingkap yang memudahkan saya merakam pemandangan indah kepulan awan di langit. Perhatikan gambar-gambar awan ini, cantik bukan?


Pemandangan dari tingkap pesawat Boeing 737

Pemandangan di udara pada jarak 10 minit penerbangan ke Kota Kinabalu

Pemandangan awan tebal pada jarak 5 minit penerbangan ke Kota Kinabalu. Ini gambar terakhir yang sempat saya rakam kerana ketua anak kapal telah memberi arahan semua peralatan elektronik dimatikan untuk persediaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.


Masih ingatkah lagi bagaimana awan terbentuk dan bagaimana awan menjadi hujan?


Cuba klik di sini:


Selamat membaca!
.

Friday, February 13, 2009

Kisah 1 Creative Kena Denda

Kelas 1 C ini agak talkactive. Yang paling tinggi pitch si Azray la. Kalau dibiarkan bercakap lama-lama, boleh rosak gegendang telinga kita. Saya menjadi guru kelas dan mengajar Science di kelas ini.

Dua minggu yang lalu berlaku rombakan kedudukan kelas. Pagi itu saya ada kelas Science satu masa saja. Saya pergi ke kelas lama 1C kerana lupa kelas mereka telah dipindah ke tempat lain. Mendapati kelas itu kosong, barulah saya sedar mereka tidak lagi berada di kelas itu. Saya 'scan' kelas-kelas yang berada di paras bawah dan tertangkap lambaian tangan-tangan kecil murid-murid 1C untuk menarik perhatian saya, memberitahu kedudukan baru mereka.

Dari jauh saya perhatikan hanya 4 - 5 orang murid sahaja yang duduk, yang lain berdiri. Aik, awalnya dorang ni bangun untuk mengucapkan good morning teacher. Mungkin budak-budak ni excited sangat sebab hari ini kami akan mula Chapter 1 setelah selesai program OPSME. Begitu saya sangkakan. Bila saya masuk, saya pandang murid-murid itu dengan penuh tanda tanya.

"Kami kena denda bah ini cikgu"

"Siapa denda?

Saya pandang kiri kanan, depan belakang mencari guru tapi tidak ada guru dalam kelas itu.

"Guru BM, cikgu".

"Mana guru BM kamu"

"Sudah keluar selepas masa BM habis tadi cikgu. Cikgu bilang nda boleh duduk, tunggu guru yang akan masuk selepas masa BM benarkan kami duduk, barulah kami boleh duduk".

"Ooooooo, jadi kamu tunggu cikgu bagi kamu duduk la ini kan?"

"Iyyyyyyyyaaaaaaa!"

"Kenapa cikgu BM denda kamu?"

"Sebab kami bising, cikgu."

"Oooo..... begitu. Kamu mau duduk ka tidak? "

"Mawwwwuuuuuuuuuu!"

"Siapa yang mau duduk angkat tangan."
(Semua murid angkat tangan)

"Ok kalau kamu tidak bercakap dalam masa 30 saat, cikgu akan benarkan duduk."

Semua senyap.
(1,2,3,4............30)

"Ok, sekarang kamu semua boleh duduk"
"Terima kasih cikgu."


Some pictures of 1C doing experiment in the lab

Hey, look teacher is taking picture.




Azray and Esther - the stopwatch reader champions



Say cheese !





Selamat Datang

Assalamualaikum, Salam sejahtera semua.

Selamat datang ke blog Teacher J - My students and I.

Blog ini saya buat untuk memenuhi permintaan beberapa orang murid yang sering bertanya tentang blog saya yang akan memuatkan kisah mereka. Saya harap blog ini dapat mengabadikan kisah saya bersama murid-murid SMKG2 yang manja2 dan baik2 belaka. Ada juga yang memeningkan kepala, tapi terlalu kecil bilangannya. Yang suka membuat cikgunya sakit kepala tu, bertaubatlah sebelum terlambat, hehe..

Seboleh mungkin saya menggunakan Bahasa Malaysia yang betul tetapi dalam beberapa keadaan saya akan menggunakan bahasa dialek Sabah untuk menceritakan situasi sebenar yang berlaku di kelas. Murid-murid dinasihati agar tidak menggunakan bahasa ini dalam penulisan karangan, nanti cikgu BM mengamuk. Kepada cikgu-cikgu BM di SMKG2, jangan marah noh.. Bahasa Melayu Merentas Kurikulum bah!


Ok. Nantikan post saya seterusnya.