Kelas 1 C ini agak
talkactive. Yang paling tinggi
pitch si Azray la. Kalau dibiarkan bercakap lama-lama, boleh rosak gegendang telinga kita. Saya menjadi guru kelas dan mengajar Science di kelas ini.
Dua minggu yang lalu berlaku rombakan kedudukan kelas. Pagi itu saya ada kelas Science satu masa saja. Saya pergi ke kelas lama 1C kerana lupa kelas mereka telah dipindah ke tempat lain. Mendapati kelas itu kosong, barulah saya sedar mereka tidak lagi berada di kelas itu. Saya
'scan' kelas-kelas yang berada di paras bawah dan tertangkap lambaian tangan-tangan kecil murid-murid 1C untuk menarik perhatian saya, memberitahu kedudukan baru mereka.
Dari jauh saya perhatikan hanya 4 - 5 orang murid sahaja yang duduk, yang lain berdiri. Aik, awalnya dorang ni bangun untuk mengucapkan
good morning teacher. Mungkin budak-budak ni
excited sangat sebab hari ini kami akan mula Chapter 1 setelah selesai program OPSME. Begitu saya sangkakan. Bila saya masuk, saya pandang murid-murid itu dengan penuh tanda tanya.
"Kami kena denda bah ini cikgu""Siapa denda?Saya pandang kiri kanan, depan belakang mencari guru tapi tidak ada guru dalam kelas itu.
"Guru BM, cikgu". "Mana guru BM kamu""Sudah keluar selepas masa BM habis tadi cikgu. Cikgu bilang nda boleh duduk, tunggu guru yang akan masuk selepas masa BM benarkan kami duduk, barulah kami boleh duduk". "Ooooooo, jadi kamu tunggu cikgu bagi kamu duduk la ini kan?""Iyyyyyyyyaaaaaaa!""Kenapa cikgu BM denda kamu?""Sebab kami bising, cikgu.""Oooo..... begitu. Kamu mau duduk ka tidak? ""Mawwwwuuuuuuuuuu!""Siapa yang mau duduk angkat tangan."(Semua murid angkat tangan)
"Ok kalau kamu tidak bercakap dalam masa 30 saat, cikgu akan benarkan duduk."Semua senyap.
(1,2,3,4............30)
"Ok, sekarang kamu semua boleh duduk""Terima kasih cikgu."
Some pictures of 1C doing experiment in the lab
Hey, look teacher is taking picture.

Azray and Esther - the stopwatch reader champions

Say cheese !